OnePlus hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, OnePlus 6T secara rasminya pada 30 Oktober 2018 ini melalui sebuah acara yang dijadualkan di New York.
OnePlus 6T bakal hadir dengan penawaran spesifikasi lebih kurang sama seperti OnePlus 6, tetapi hadir dengan rekaan takuk lebih kecil, integrasi pengimbas cap jari pada skrin, dan mungkin menggunakan Android 9.0 Pie secara terbina. Mengikut desas-desus awal juga, peranti ini dilihat tidak akan menyertakan sebarang bicu audio.
Gambar peranti ini telah pun tertiris sebelum ini, dan semestinya ramai menantikan apakah kejutan yang masih disimpan oleh OnePlus untuk pengenalan peranti ini pada penghujung bulan ini.
The #OnePlus6T is coming. Unlock The Speed on October 30. https://t.co/LuPoTr8ZyF pic.twitter.com/s8OfmZuXdX
— OnePlus (@oneplus) October 8, 2018