Pengesahan dwi-faktor adalah salah satu langkah sekuriti yang baik. Pengguna memerlukan mengesahkan log masuk dari sumber lain seperti kod dari nombor telefon atau panggilan telefon, kod dari aplikasi pemberian kod pengesahan atau pengesahan kod dari dalam aplikasi.
Untuk Instagram selama ini, penegsahan dwi-faktornya hanya melalui nombor telefon. Kini yang terbaru, pengesahan dwi-faktor Instagram turut boleh dilakukan secara dalam aplikasi. Memudahkan lagi pengguna yang sudah pun menggunakan aplikasi pengesahan dwi-faktor seperti Google Authenticator – Instagram akan menggunakan kod dari aplikasi tersebut. Tetapi pengguna masih boleh menggunakan aplikasi lain seperti Authy, Last Pass Authenticator atau Myki.
Jika pengguna tidak memiliki atau tidak pernah menggunakan sebarang aplikasi pengesahan, tetapan secara manual turut boleh dilakukan. Instagram akan menjana kod 32-angka untuk ditetapkan agar kod 6-angka untuk digunakan dalam pengesahan log masuk kelak dapat diproses. Untuk keselamatan tambahan, jika pengguna ingin log masuk Instagram dan tiada peranti pada tangan – Instagram turut menyertakan kod sandaran.
Fungsi ini dilihat hadir secara berperingkat melalui bahagian pelayan. Kerana di Android Police Instagram versi 66.0.0.9.101 beta diperlukan. Sedangkan saya menggunakan versi 65.0.0.12.86 stabil sudah pun dapat menggunakannya. Fungsi ini turut hadir untuk kedua-dua platform iOS dan Android.
- Muat Turun: Instagram Untuk Android Di Play Store
- Muat Turun: Instagram Untuk iOS Di App Store