Dengan GPU Turbo, cip Kirin keluaran Huawei akan menerima peningkatan prestasi ketika menggunakan permua tetapi masih menjimatkan penggunaan tenaga. Ia antara fungsi yang menarik perhatian pengguna yang mahukan prestasi terbaik ketika menikmati permua kegemaran.
OppOppo juga akan memperlihatkan fungsi seakan sama yang diberi nama Hyper Boost. Imej acah untuk acara pada 11 Oktober kelak menunjukkan kewujudan sistem ini. Pada acara yang sama peranti Oppo K1 juga dipercayai akan dilancarkan. Dengan kepopularan e-sukan sekarang, tidak dapat dinafikan peranti yang boleh memainkan permua pada tetapan tertinggi akan menjadi pilihan pengguna.