Kemaskini iOS 12.0.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Pengecasan Dan Wifi iPhone XS

Kemaskini iOS 12.0.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Pengecasan Dan Wifi iPhone XS

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Masalah paling awal dilaporkan pengguna iPhone XS dan XS Max ialah peranti tidak dicas walaupun selepas kabel dimasukkan ke dalam port Lightning. Pepijat ini sedikit sebanyak merumitkan proses pengecasan. Seperti dijanjikan, masalah ini diselesaikan dengan pemberian kemaskini iOS 12.1 hari ini.

Kemaskini bersaiz 104.9 MB ini turut menyelesaikan masalah peranti tidak boleh menggunakan WiFi 5GHZ, sukar melakukan tambatan bluetooth, mengembalikan susunan kekunci pada iPad serta sari kata tidak muncul ketika memainkan sesetengah video. Masalah sambungan LTE buat masa ini masih belum diselesaikan.


TIPS & ULASAN