Microsoft Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Microsoft Membuat Pelaburan Strategik Pada Grab

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membuat pelaburan strategik pada Grab, sekaligus bekerjasama dalam beberapa teknologi baru. Antara teknologi yang akan kedua-dua pihak ini bekerjasama adalah termasuk berkaitan kecerdasan buatan dan juga dataraya.

Microsoft Grab

Berapakah nilai pelaburan tidak diumumkan oleh Microsoft, tetapi beberapa laporan memperkatakan yang mana ia bernilai sekitar $200 juta.

Selain daripada kecerdasan buatan dan dataraya, sejumlah perkhidmatan Microsoft akan mengintegrasikan sokongan Grab dan begitu juga sebaliknya. Antara yang telah diumumkan oleh Microsoft adalah termasuk integrasi kemudahan membuat tempahan Grab melalui Microsoft Outlook, integrasi Microsoft Rewards Gift Cards pada Grab Rewards, penggunaan Microsoft Kaizala untuk pengurusan pelanggan, dan beberapa perkhidmatan lain lagi.

Selain Microsoft, pada minggu lepas ia telah dilaporkan yang mana SoftBank turut ingin melakukan pelaburan baharu pada Grab mencecah nilai sebanyak $500 juta.


TIPS & ULASAN