Cari @ Amanz

Sistem operasi terkini akan memastikan fungsi paling baharu dapat dinikmati bersama dengan antaramuka yang lebih menarik. Lebih sebulan yang lalu Android Pie telah dilancarkan tetapi sehingga kini penggunaannya masih rendah kerana pengeluar yang lambat memberikan kemaskini. Bagi pemilik peranti Samsung, penantian hanya akan berakhir tahun hadapan.

Menurut laporan Sammobile, Samsung hanya akan memberikan kemaskini Android Pie bermula Januari 2019. Peranti utama seperti Galaxy S9 dan Galaxy Note 9 akan menerimanya terlebih dahulu. Seperti antaramuka yang telah tertiris selepas ini, Android Pie bakal hadir dengan pelancar Samsung Experience 10. Antara fungsi menarik yang bakal diterima ialah tema gelap dan navigasi berasaskan gesture.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd