Huawei Dijangka Turut Memperkenalkan Huawei Mate 20X Memfokuskan Permua

Huawei Dijangka Turut Memperkenalkan Huawei Mate 20X Memfokuskan Permua

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Huawei sedia hadir dengan beberapa video acah memperlihatkan peranti Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro. Hari ini, menariknya mereka turut mempertontonkan video acah terbaru memfokuskan sebuah lagi variasi peranti Mate 20, iaitu Huawei Mate 20X.

Huawei Mate 20X dijangka memfokuskan kepada sokongan permua – salah satu genre peranti yang semakin popular akhir-akhir ini.

Huawei Mate 20X

Melalui video acah berkenaan, Huawei mengatakan Mate 20X akan menawarkan ketahanan bateri lebih lama, selain turut menyertakan sokongan penyejukkan peranti.

Mengikut beberapa info tertiris diarena web, Mate 20X dijangka hadir dengan skrin 7.21-inci dan dijana cip Kirin 980. Tidak mustahil untuk kita melihat ia turut hadir dengan sokongan memori dan storan tinggi bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Oktober ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei kelak.


TIPS & ULASAN