Cari @ Amanz

Spesifikasi Honor 8C Diumumkan – Peranti Pertama Menggunakan Snapdragon 632

Link Copied!

Honor 8C akan dilancarkan secara rasmi esok tetapi spesifikasinya telahpun diumumkan menerusi laman Honor sendiri. Peranti ini akan dilengkapi skrin 6.26 inci IPS LCD HD+ dan dijana pemproses Snapdragon 632. Ini sekaligus menjadikannya peranti pertama menggunakan pemproses yang dilancarkan Jun tahun ini.

Memori sebesar 4GB RAM dipadankan dengan storan 32GB yang menyokong kad mikro SD sehingga 256GB. Kamera utama 12+2 Megapixel f/1.8 dipadankan dengan kamera swafoto 8-Megapixel f/2.0. Ia juga dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh tetapi hanya menyokong pengecasan 10W sahaja. Akhir sekali sistem operasi Android 8.1 digunakan dengan pelancar EMUI 8.2.

Skrin peranti masih mempunyai takuk dan dagu yang agak besar. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat terletak di belakang dengan panel yang diperbuat daripada bahan plastik. Tiada harga diumumkan tetapi ini akan diketahui pasca pelancarannya esok.


Komen ()