Lenovo S5 Pro Akan Dilengkapi Empat Kamera Utama Dengan Zoom Optikal

Lenovo S5 Pro Akan Dilengkapi Empat Kamera Utama Dengan Zoom Optikal

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Lenovo S5 Pro akan menjadi satu lagi peranti yang dilengkapi empat kamera utama pada bahagian belakang. Peranti ini telah diacah kewujudannya sejak September tetapi pada waktu tersebut dikenali sebagai Lenovo Z5 Pro. Sampel gambar dari kamera S5 Pro telah dikongsi ke laman media sosial dan mengesahkan sokongan zoom optikal 2X.

Seperti kebanyakan peranti dari China kebelakangan ini, kamera S5 Pro juga bakal mempunyai sokongan kecerdasan. Masih terdapat banyak spekulasi mengenai sensor dan lensa yang akan digunakan pada empat kamera utama S5 Pro. Selain empat kamera utama, S5 Pro juga akan mempunyai sistem kamera swafoto yang melungsur seakan Oppo Find X dan Honor Magic 2. Adakah ini akan menjadi trend peranti 2010 kelak?


TIPS & ULASAN