Rangkaian 5G merupakan rangkaian telekomunikasi mudah-alih yang menjadi ramai pihak seluruh dunia. Bercakap mengenainya, sebelum ini ia telah dikatakan Cyberjaya akan menjadi bandar pintar pertama dengan sokongan rangkaian 5G tidak lama lagi.
Kini, menyentuh mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi kawasan tapak uji terawal di Malaysia untuk menguji rangkaian 5G.
Rangkaian 5G dijangka menggunakan gelombang berfrekuensi rendah, selain menawarkan kelajuan yang berkali ganda lebih tinggi berbanding rangkaian 4G.
Buat masa ini, info penuh mengenai perlaksanaan dan ujian rangkaian 5G ini tidak diketahui sepenuhnya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.
Cyberjaya and Putrajaya to be 5G testbed areas – @GobindSinghDeo pic.twitter.com/YJqPe7toWC
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 9, 2018