Cari @ Amanz

Dengan pelancaran CPU Intel generasi kesembilan, yang termasuk dengan kehadiran Intel Core i9, Intel turut memperlihatkan beberapa papan induk siri Z390 yang boleh digunakan oleh siri CPU ini.

Papan-papan induk yang diperlihatkan oleh Intel termasuklah dari jenama-jenama pembuat papan induk komputer yang terkemuka, seperti ASUS, ASRock, GIGABYTE, MSI dan juga NZXT. Ini adalah gambar-gambar dan nama model untuk papan induk yang bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi:

AORUS / GIGABYTE

AORUS Z390 Pro WiFi

AORUS Z390 I Pro WiFi

ASRock

ASRock Z390 Phantom Gaming SLIac

ASRock Z390 Taichi

ASRock Z390M ITX

ASUS

ASUS ROG STRIX Z390-E Gaming

ASUS Z390 TUF Pro Gaming

ASUS ROG STRIX Z390i Gaming

MSI

MSI MEG Z390 Godlike

MSI MEG Z390 ACE

MSI Z390M Mortar

NZXT

NZXT Z390 N7

Kami turut ingin menyatakan bahawa jika anda ingin membeli CPU Intel generasi kesembilan yang terbaru ini, dan sedang menggunakan papan induk Intel generasi kelapan Coffee Lake, anda boleh membeli sahaja CPU baru tersebut dan gunakannya bersama-sama dengan papan induk siri Z370 ataupun B350 anda tanpa sebarang masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd