Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Honor 8X, pihak Honor Malaysia turut melancarkan gelang tangan pintar mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Honor Band 3.

Honor Band 3 ini memudahkan pengguna untuk memakainya dan memantau data kecergasan, selain turut boleh digunakan untuk menerima pelbagai notifikasi terus daripada telefon pintar anda.

Honor Band 3

Gelang tangan pintar ini hadir dengan panel PMOLED, pemantauan kadar denyutan nadi secara berterusan, dan turut boleh digunakan ketika anda berenang. Honor Band 3 membawakan ketahanan air sehingga kedalaman 50-meter.

Dari segi masa penggunaan, Honor Band 3 dikatakan mampu bertahan sehingga 30 hari lamanya dengan sekali pengecasan – sekaligus menjadikan ia salah satu gelang tangan pintar yang mungkin agak menarik untuk didapati di pasaran hari ini.

Honor Band 3

Honor Band 3 akan ditawarkan pada harga RM119. Menariknya, bagi pembeli Honor 8X terawal, anda turut berpeluang mendapatkan gelang tangan pintar ini secara percuma.

Honor Band 3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd