Carian
Menggunakan Nokia 6.1 Plus? Anda Kini Boleh Mencuba Android 9.0 Pie Beta
October 9, 2018 Aman

HMD Global telah pun mengumumkan sebelum ini yang mana beberapa peranti mereka akan menerima kemaskini Android 9.0 dalam waktu terdekat ini, dan salah satunya adalah Nokia 6.1 Plus. Kini, selari dengannya, HMD Global kini telah memulakan ujian beta Android 9.0 Pie untuk pengguna Nokia 6.1 Plus.

Sekiranya anda menggunakan Nokia 6.1 Plus, anda kini boleh membuat pendaftaran di Nokia Beta Labs, dan menguji sistem operasi ini sebelum ia dilancarkan secara rasminya.

Melalui kemaskini baru ini, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk penggunaan pembelajaran mesin untuk pengoptimasian penggunaan bateri dan kecerahan skrin, integrasi Google Assistant dengan lebih menyeluruh, sedikit kemaskini pada antaramuka, dan ciri-ciri lain lagi.

Komen