Cari @ Amanz

Selain pengenalan komputer dua-dalam-satu dan juga telefon pintar, Google hari ini turut memperkenalkan sebuah paparan pintar berbentuk hab untuk rumah, dinamakan Google Home Hub.

Google Home Hub

Google Home Hub hadir dengan panel yang memaparkan pelbagai informasi penting seperti cuaca semasa, waktu, temujanji kalendar, gambar-gambar, dan beberapa informasi lain dijana Google Assistant. Seperti biasa, pengguna turut boleh bertanyakan beberapa soalan, dan ia akan menjawabnya terus.

Memandangkan ia turut hadir dengan sokongan speaker, maka pengguna turut boleh menggunakan ia sebagai alat memainkan muzik dan sebagainya. Secara kasarnya, ia adalah sebuah Google Home – tetapi kini hadir dengan sokongan paparan bagi memudahkan anda mengikuti pelbagai informasi.

Google juga turut menekankan yang mana mereka tidak menyertakan sebarang kamera, sekaligus memastikan privasi pengguna lebih terjamin. Pengguna juga turut boleh melihat pelbagai peralatan pintar lain yang dihubungkan dan mengawalnya melalui Google Home Hub ini – termasuk lampu pintar, termostat dan lain-lain.

Google Home Hub akan dijual di Amerika Syarikat pada harga $149 iaitu sekitar RM620.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd