Cari @ Amanz

Bersama-sama telefon pintar Pixel 3, Google hari ini turut memperkenalkan pengecas nirwayar mereka tersendiri, dinamakan Pixel Stand. Menariknya, ia bukan sekadar pengecas nirwayar dengan piawaian Qi semata-mata, tetapi turut hadir dengan kelebihan tersendiri yang menjadikan peranti Google Pixel 3 anda seumpama Google Home Hub apabila dihubungkan.

Google Pixel Stand

Ini bermakna, ketika peranti anda sedang dicas, pengguna masih boleh berinteraksi dengan peranti. Ini termasuk untuk bertanyakan soalan, memainkan lagu melalui Pixel 3, mengawal peralatan pintar di rumah, dan sebagainya.

Google turut memperlihatkan yang mana pengguna boleh mengecas Pixel 3 secara nirwayar menggunakan Pixel Stand sebelum tidur – dan skrin akan diterangkan secara berperingkat sebelum membunyikan penggera bagi memberikan pengalaman bangun tidur yang lebih baik kepada pengguna.

Di Amerika Syarikat, Pixel Stand ditawarkan pada harga $79, iaitu sekitar RM327.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd