Dengan Poco F1, Xiaomi cuba mengambil alih posisi OnePlus sebagai peranti mercu yang mampu milik. Ia mementingkan prestasi terutamanya ketika menjalankan permua. Terkini sebilangan pengguna Poco F1 melaporkan masalah screen bleeding pada bahagian skrin. Apabila ini berlaku, terdapat bahagian skrin yang menyala walaupun sepatutnya ia adalah gelap.
Pihak Poco tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini. Menurut mereka ini ialah masalah yang hanya melanda 0.3% pengguna setakat ini. Masalah dikesan berpunca daripada pepijat pada MIUI 9 dan akan diselesaikan menerusi kemaskini MIUI 10. Mereka turut menyarankan pengguna untuk pergi ke pusat khidmat pelanggan untuk menyelesaikan masalah ini.
Important update: At POCO, we always strive to bring the best for our customers.
Few of you sought clarification regarding edge light dispersion on your #POCOF1. Here is our statement on the same.
Read the complete statement to know more: pic.twitter.com/JSq3m0Z9KW
— POCO India (@IndiaPOCO) October 8, 2018