Carian
(Ura-Ura) Asus ROG Phone Mungkin Dijual Pada Harga Bermula RM3499 Di Malaysia
October 10, 2018 Aman

Asus Malaysia sedia dalam persiapan memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permua mereka dinamakan ROG Phone. Terkini, mengikut desas-desus terbaru yang kedengaran, Asus ROG Phone mungkin membawakan tanda harga bermula RM3499 untuk model 128GB storan, sementara mungkin berharga RM3999 untuk model 512GB.

Asus ROG Phone hadir dengan skrin 6-inci dengan kadar segar semula mencapai 90Hz, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh. Ia turut hadir dengan pengoptimasian untuk permua, selain sokongan penyejukan bagi memudahkan anda menggunakan untuk tempoh masa yang lama.

Pihak Asus Malaysia masih belum mengumumkan pelancaran rasminya buat masa ini. Tetapi, mengikut para pengedar tempatan, ia dijangka akan dilancarkan pada 22 Oktober kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran telefon pintar ini secara rasminya di Malaysia – dan apakah kejutan yang disediakan oleh Asus untuk pengguna tempatan.

Komen