Carian
Google Pixel USB-C Dilancarkan Sokongan Google Assistant Dan Alih Bahasa Masa Nyata
October 10, 2018 Effi Saharudin

Tahun lalu Google Pixel Buds dilancarkan sebagai fon telinga nirwayar yang paling sesuai digunakan dengan Pixel 2. Semalam Google Pixel USB-C pula dilancarkan bagi mereka yang masih memilih untuk melakukan sambungan berwayar untuk peranti dengan USB-C. Seperti dari namanya anda pasti boleh mengagak perbezaan paling ketara antara Pixel Buds dan Pixel USB-C ialah ia kini menyokong sambungan USB-C.

Tiada sokongan bluetooth disertakan. Ia masih mengekalkan sokongan Google Assistant dengan menekan butang hitam pada tali dan alih bahasa masa nyata yang diperlihatkan tahun lalu. Dengan menekan butang suara pula, notifikasi pada peranti akan dibacakan terus tanpa pengguna melihat skrin. Google Pixel USB-C dijual pada harga $30 (~RM 125) sepasang dalam pilihan warna putih.

Komen