Xiaomi Mi Box S Diperkenalkan Dengan Sokongan 4K Dan Google Assistant Terbina

Xiaomi Mi Box S Diperkenalkan Dengan Sokongan 4K Dan Google Assistant Terbina

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Bersama-sama pengenalan pelbagai produk baru daripada Google, pihak Xiaomi turut mengambil peluang dan memperkenalkan set kotak penghubung televisyen mereka tersendiri yang diberikan nafas baru, iaitu Xiaomi Mi Box S. Peranti ini dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mungkin diperluaskan untuk pasaran negara lain tidak lama lagi.

Xiaomi Mi Box S

Mi Box S hadir dengan sokongan paparan 4K HDR, selain dilengkapi memori 2GB RAM dan storan 8GB. Ia boleh dihubungkan ke televisyen, dan mengubah kaca televisyen anda menjadi lebih pintar.

Mi Box S hadir menggunakan sistem operasi Android TV, dan turut mengintegrasikan Google Assistant bersama-sama dengannya. Pengguna juga boleh cast sebarang kandungan melalui integrasi Chromecast pada Mi Box S.

Di Amerika Syarikat, Mi Box S dipasarkan pada harga $59.99 iaitu sekitar RM249.


TIPS & ULASAN