Illegear Raider Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti
Artikel Berkaitan

Illegear Raider Dilancarkan Dengan Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Illegear ialah jenama tempatan yang sebelum ini lebih dikenali dengan komputer riba khusus untuk permainan video mereka. Tetapi jelas sekali untuk mendapatkan prestasi grafik paling ampuh, desktop ialah platform paling afdal dan oleh itu Illegear Raider dilancarkan. Ini merupakan komputer desktop dengan rekaan menara pertama ditawarkan mereka dan desktop kedua selepas Troika.

Ia ditawarkan dengan pilihan pemproses sehingga Intel Core i7 generasi ke lapan, kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 2080Ti 11GB, memori sehingga 64GB RAM DDR4 dan storan sehingga 1TB SSD. Terdapat juga sokongan lampu RGB Asus Aura Sync dan pilihan sistem penyejukan cecair sepenuhnya. Bagi yang berminat Illegear Raider boleh dimiliki pada harga bermula dari RM3999.


TIPS & ULASAN