Cari @ Amanz

Semalam, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL telah dilancarkan. Google juga turut melancarkan Pixel Slate dan Google Home Hub. Tetapi, pada hari yang sama – turut terdapat beberapa produk menarik yang Google jual, tetapi tidak diumumkan.

Produk-produk ini adalah seperti aksesori Google Home Mini, berkas peranti berhubung, set fon kepala dan juga Chromecast baharu.

Kerangka Mickey Mouse Google Home Mini

Kerangka ini akan mengubah Google Home Mini yang sedia ada berbentuk seperti Mickey Mouse. Ia hadir dengan tapak dengan rekaan seperti seluar Mickey serta dengan kerangka untuk pembesar suara pintar itu dengan telinga Mickey. Menariknya, kerangka ini adalah daripada OtterBox yang terkenal dengan kerangka tahan lasak dan tebal. Ia dijual pada harga hanya $19.95 (~RM83).

Google Chromecast Baru

Google Chromecast adalah peranti untuk cast kandungan dari telefon pintar, komputer riba. Ia digunakan untuk menstrim media seperti Netflix. Menariknya, ia menyokong penstriman pada resolusi 1080p 60fps. Ia hadir dengan rekaan yang lebih kemas dan juga mempunyai kemasan pusam. Harga pula hanya $35 (~RM145).

Google Pixel USB-C

Untuk set fon telinga ini, telah pun kami tulis pagi tadi. Anda boleh bacanya di sini https://amanz.my/2018181835/. Secara asas ia adalah set fon telinga USB-C seumpama Pixel Buds dengan fungsi pintas.

Berkas Peranti Berhubung

Seperti yang tertiris pada 2 Oktober lepas, Google Smart TV Kit tertiris. Ia adalah berkas Google Home Mini dengan Chromecast baharu. Nampaknya, Google teruskan lagi jualan berkas-berkas peranti pintar ini dengan menjual pelbagai set/kit. Contohnya, Google Home Hub bersama-sama dengan produk Nest. Harganya bermula dari $74 sehingga $557 iaitu sekitar RM307 sehingga RM2313.

Lain-lain

Lain-lain produk adalah seperti kerangka pelindung rasmi Pixel 3 seperti Google Pixel 3 Fabric Case. Ia adalah kerangka pelindung dengan kemasan fabrik. Kualiti yang premium dan juga harga yang boleh dikatakan mahal. Ia dijual pada harga $40 iaitu sekitar RM166. Lain-lain produk boleh dilihat di laman Store Google dengan menetapkan negara kepada Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd