Aplikasi Kamera Google Pixel 3 Kini Boleh Dimuat Turun

Aplikasi Kamera Google Pixel 3 Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Kamera dari Google Pixel adalah antara aplikasi kamera terbaik. Di arena web, ia terkenal dengan nama ‘GCam’. Kini, aplikasi kamera Google Pixel 3 iaitu Google Camera boleh dimuat turun. Ia hadir dengan rekaan baru yang selari dengan Android 9.0 Pie. Ia juga kini menyokong rakaman gambar berformat RAW.

Boleh dikatakan, kemasan aplikasi kamera Google kali ini adalah tampak cantik. Menggunakan tatalan kiri dan kanan dan bukan lagi menekan ikon menu ‘burger’. Ini bermakna, kelak GCam stabil akan dibangunkan oleh para pembangun GCam Pixel 2 sebelum ini.

Dengan adanya GCam, peranti dengan Camera2API yang aktif boleh menikmati kualiti kamera yang hebat tanpa membeli sebuah peranti Pixel.

Muat Turun: .APK Google Camera Dari Google Pixel 3 Di Sini


TIPS & ULASAN