Cari @ Amanz

Oppo hari ini telah memperkenalkan telefon pintar siri baru di China, iaitu Oppo K1. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, tetapi turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin secara terbina.

Oppo K1

Dari segi spesifkasi, Oppo K1 hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, membawakan rekaan bertakuk kecil diatas, dijana cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 64GB.

Oppo K1

Telefon pintar ini turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, selain kamera swafoto 25-megapixel dihadapan. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3500mAh.

Dari segi perisian, ia dijana menggunakan sistem operasi Android 8.1 dan dilengkapi antaramuka Color OS 5.2.

Oppo K1

Buat masa ini, Oppo K1 hanya dijual di China sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dipasarkan di peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd