Semalam, Google Home Hub telah dilancarkan. Ia adalah Google Home dengan skrin terbina. Ia memaparkan kandungan Google Discover. Menarik dengan Google Home Hub ini adalah, ia hadir dengan sokongan Google Photos Live Album.
Google Photos Live Album akan memaparkan gambar yang diambil dari telefon pintar secara langsung pada Google Home Hub. Fungsi ini hanya boleh dilakukan jika peranti pengguna telah diselarikan kepada Google Photos. Kemudian, fungsi ini juga bukanlah eksklusif kepada Google Home Hub. Ia turut akan hadir pada mana-mana paparan pintar dengan Google Assistant yang mempunyai API Google Photos.
Menurut Google, aplikasi Google Photos untuk menyokong Live Album ini hanya akan aktif selepas Google Home Hub mula dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan.