Carian
Honor 8X – Telefon Pintar Dengan Penawaran Premium Pada Harga Kelas Pertengahan
October 16, 2018 Syafia Hani

Baru-baru ini Honor Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru keluaran mereka, iaitu Honor 8X. Telefon pintar Honor 8X ini merupakan peranti penerus bagi Honor 7X yang dilancarkan pada tahun lalu. Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini  juga hadir dengan ciri-ciri penambahbaikkan yang premium dan dijual pada harga yang kompetetif, iaitu kurang daripada RM1000. Sekiranya anda inginkan sebuah telefon pintar dengan ciri premium pada harga yang mampu milik, ini adalah sebab mengapa anda perlu membeli telefon Honor 8X.

1) Rekaan Kaca Yang Dapat Memberi Impak Menawan

Daripada segi rekaan kerangkanya, pada bahagian hadapan telefon pintar ini terdapat takuk pada skrin dan nisbah skrin pada tubuh untuk telefon pintar Honor 8X ini adalah sebanyak 91%. Hal ini sekaligus menjadikan skrin paparan untuk telefon pintar ini lebih besar dan dapat memberikan pengalaman penggunaan yang baik sekiranya anda bermain permua dengan Honor 8X ini.

Warna yang dipaparkan pada skrin juga sangat baik dan menyerlah kerana telefon pintar ini direka dengan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.5 inci bersama resolusi Full HD+ pada nisbah 19:5:9 dan bingkai bawahnya pula hanya selebar 4.25mm sahaja. Kerangkanya juga menggunakan teknologi COF dan antena yang telah dipatenkan serta dipadankan dengan tekstur Aurora Glass yang dapat memberikan kesan kilauan pada bahagian belakangnya. 

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan aluminium pada bahagian sisi yang mana pada bahagian bahagian sisi kirinya pula mempunyai slot dwi sim dan mikroSD berasingan. Dengan rekaan mikroSD berasingan ini ia sekaligus membolehkan anda untuk menggunakan dua sim dan mikroSD dalam masa yang sama. Pada belakang telefon pintar ini, ia direka dengan binaan kaca bersama satu jalur padanya. Rekaan jalur pada bahagian belakang ini sekaligus menampakkan permukaannya lebih cantik apabila dipegang secara melintang. 

Pada bahagian belakangnya juga terdapat sistem sekuriti untuk sokongan pengimbas cap jari yang mana kedudukannya pada bahagian belakang peranti dapat memudahkan anda untuk mencapainya dan menyahkunci peranti dengan lebih cepat dan mudah. Selain fungsi pengimbas cap jari, telefon pintar ini juga disertakan sekali dengan sokongan pengesahan biometrik dan nyah kunci peranti berasaskan wajah. Jadi, dengan adanya ketiga-tiga sistem sekuriti yang disertakan ini, ia memberi peluang kepada pengguna untuk memilih sistem sekuriti yang sesuai dengan kehendak mereka.

2) Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Pertengahan Bersama Ciri Premium

Telefon pintar ini juga merupakan telefon pintar yang dibina dengan spesifikasi kelas pertengahan dimana Honor 8X ini dijana dengan cip Silicon Kirin 710 bersama pelancar EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Pelancar EMUI yang ditawarkan pada telefon pintar ini membolehkan pengguna untuk menukar ke 4 tema yang lain yang telah disediakan bersamanya. Telefon pintar ini juga ditawarkan dengan satu pilihan memori dan storan sahaja, iaitu memori 4GB RAM bersama storan 128GB dimana kad mikro SD Honor 8X ini boleh diperluaskan lagi kegunaannya kepada 400GB

Telefon pintar ini juga menyokong fungsi Twin Function yang membolehkan anda untuk membuka satu aplikasi dalam 2 tetingkap yang berbeza, seperti 2 aplikasi Facebook atau 2 aplikasi Instagram dalam satu masa yang sama. Apa yang anda perlu lakukan adalah menetapkannya pada bahagian Settings > Apps & notification > App twin dan pilih aplikasi yang anda mahukan untuk membukanya menggunakan fungsi App twin. 

Seperti kebanyakkan telefon pintar keluaran Honor tahun ini, Honor 8X ini juga turut dilengkapi dengan sokongan GPU Turbo yang menjanjikan prestasi dan pengalaman yang lebih tinggi berbanding janaan Kirin 659 yang digunakan pada telefon pintar keluaran Honor sebelum ini. Bersama sokongan GPU Turbo ini juga, ia turut dilengkapi dengan cip lapan teras dengan dua kluster berbeza, iaitu 4 Cortex-A73 dan 4 Cortex-A53. Dengan gabungan kedua dua sokongan ini, Honor 8X menjanjikan pengalaman permainan seperti PUBG yang lebih baik, lancar, dan pengeluaran haba yang lebih rendah daripada biasa jika digunakan terlalu lama.

3) Sokongan Kamera Dan Bateri Dengan Bantuan Teknologi AI

Bercakap mengenai sokongan kamera untuk telefon pintar keluaran Honor ini pula, kamera ini turut dilengkapi sokongan dwi kamera utama yang menggabungkan sensor 20MP dan 2MP manakala kamera swafotonya pula adalah sebesar 16MP. Kualiti gambar yang diambil menggunakan telefon pintar ini juga dilihat agak baik kerana kameranya disokong dengan teknologi AI yang mana ia dapat membuat pengecaman sehingga 22 objek yang berlainan dalam satu gambar yang sama. Mod malam yang disertakan juga dapat membantu anda untuk mendapatkan gambar yang cantik walaupun berada dalam persekitaran yang gelap dengan bantuan teknologi AI ini. 

Sokongan AIS yang disertakan dalam fungsi kamera Honor 8X ini juga membolehkan anda untuk membuat rakaman menggunakan tangan bagi mengurangkan kesan gegaran melalui bantuan teknologi AI. Walaupun telefon pintar ini dijual pada harga yang sangat mampu milik, namun ciri dan fungsi yang disertakan bersamanya adalah seakan sama dengan peranti kelas pertama. Hal ini kerana Honor 8X turut menyertakan fungsi rakaman slow mo pada kameranya yang mana buat masa ini hanya terdapat pada peranti-peranti kelas pertama sahaja.

Honor 8X ini juga turut menyertakan bateri berkapasiti sebesar 3750mAh bersama pengecas 10W yang dijangka dapat mengecas penuh 100% selama kurang daripada 3 jam. Sekiranya anda ingin menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar ini, Honor 8X boleh disetkan ke mod penjimatan bateri dengan sokongan AI yang mana teknologi AI yang disertakan ini dapat mempelajari aplikasi yang sering dibuka pengguna dan mengawalnya secara pintar di belakang tabir.

4) Telefon Pintar Yang Menjanjikan Pengalaman Penggunaan Yang Memuaskan

Jika dilihat pada bahagian bawah peranti ini, terdapat satu sambungan asas untuk sebuah telefon pintar iaitu bicu audio 3.5mm yang mana ia masih mengekalkan sambungan mikroUSB  dan satu pembesar suara mono. Penghasilan bunyi yang ditawarkan melalui telefon pintar Honor 8X ini juga amat sedap didengar. Hal ini kerana audio untuk telefon pintar ini direka dengan teknologi Histen 5.0 sekaligus dijamin untuk pengguna mendapatkan pengalaman yang baik dari segi kualiti audio. Dengan bantuan teknologi Histen 5.0 ini, ia sekaligus dapat memberi kepuasan kepada pendengaran pemain permua mahupun pengguna biasa samaada menggunakan pengguna menggunakan fon telinga ataupun tidak. 

Jadi, sekiranya anda inginkan sebuah telefon pintar dengan ciri-ciri premium pada harga yang rendah, Honor 8X adalah salah satu pilihan telefon pintar yang terbaru yang patut anda miliki. Hal ini kerana Honor 8X adalah antara telefon pintar terbaru yang hadir dengan spesifikasi dan harga jualan yang sangat kompetetif. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Honor dalam menjual lebih daripada 1000 unit telefon pintar Honor 8X mereka dalam masa kurang 20 minit pada hari pertama jualannya iaitu pada 12 Oktober yang lalu melalui laman HiHonor dan Shopee sekaligus menjadikannya antara telefon pintar yang paling cepat habis dijual.

Namun sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian, Honor sekali lagi telah menawarkan promosi hadiah dengan setiap pembelian Honor 8X. 500 pelanggan pertama yang membeli Honor 8X pada 19 Oktober bermula 9 pagi berpeluang untuk mendapatkan Honor Band 3 secara percuma pada setiap pembelian telefon pintar Honor 8X ini. Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan dengan satu pilihan memori sahaja buat masa ini, iaitu 4GB RAM bersama 128 GB storan yang dijual pada harga RM949.

Sekiranya anda membeli Honor 8X melalui laman HiHonor, anda berpeluang untuk mendapatkan satu Honor Band 3, dan baucer Honor bernilai RM50. Manakala sekiranya anda membeli Honor 8X melalui laman Shopee, anda boleh mendapatkannya bersama satu set Honor Band 3 dan Shopee Coins berharga RM50.

Penafian: Advertorial Dari Honor Malaysia

Komen