Cari @ Amanz

Ini Mungkin Adalah Telefon Pintar Samsung Pertama Dengan 4 Kamera Belakang

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung sedia menjadualkan acara media rasmi esok di Malaysia untuk pengenalan beberapa peranti baru. Salah satu yang dinantikan ramai adalah Samsung A9 Star Pro yang diperkatakan bakal hadir dengan empat kamera belakang.

Kini, selari dengannya, @evleaks berkongsi sebuah gambar memperlihatkan telefon pintar dengan empat kamera belakang.

Samsung Galaxy Empat Kamera

Daripada gambar yang dikongsikan berkenaan, ia menunjukkan penggunaan gabungan kamera 8MP + 10MP + 24MP + 5MP. Setiap kamera membawakan ciri berasingan, dengan kamera utama menawarkan sensor 24-megapixel, sebaliknya yang lain memfokuskan kepada beberapa ciri-ciri khusus.

Dengan peranti ini, ia sekaligus akan memudahkan pengguna merakamkan gambar dalam pelbagai situasi berbeza dengan baik tanpa risau beberapa kekangan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan acara rasmi Samsung yang dijadualkan berlangsung petang esok untuk melihat kejutan lain yang bakal dibawakan oleh Samsung.


Komen ()