Essential Sedang Membangunkan Peranti Baru Dijana Kecerdasan Buatan Yang Boleh Memimik Anda

Essential Sedang Membangunkan Peranti Baru Dijana Kecerdasan Buatan Yang Boleh Memimik Anda

Diterbitkan pada Okt 10, 2018 oleh .

Essential merupakan salah satu jenama peranti mudah-alih yang mendapat perhatian ramai pengguna, kerana ia diasaskan oleh pengasas Android, iaitu Andy Rubin. Terkini, selepas Essential Phone, Bloomberg melaporkan Essential sedang membangunkan sebuah peranti baru yang mungkin dilancarkan pada tahun hadapan.

Peranti baru ini dijangka menyasarkan untuk membebaskan pengguna daripada sering terikat dengan telefon pintar mereka. Ia dilaporkan akan menggunakan sokongan kecerdasan buatan dalam memimik tuan peranti berkenaan – sekaligus memberikan respon dan membalas mesej yang dterima. Kecerdasan buatan berkenaan juga dikatakan boleh membuat temujanji dan sebagainya bagi pihak pengguna berkenaan.

Dengannya, ia sekaligus menjadikan telefon anda benar-benar pintar, dan melakukan pelbagai tugasan asas tanpa keperluan anda melakukan input – sekaligus membolehkan anda membuat sesuatu aktiviti tanpa perlu menyemak telefon sepanjang masa.

Essential dikatakan menyasarkan untuk menyelesaikan pembangunan prototaip untuk telefon baru ini menjelang penghujung tahun ini – dan mungkin mempertontonkan kepada rakan-rakan industri menjelang awal tahun 2019 kelak.

Selain Essential, beberapa pihak lain turut sedang memfokuskan dalam memudahkan tugasan harian pengguna, termasuk Google yang menggunakan Google Assistant – dan mempertontonkan kebolehan penggunaan Google Duplex dalam menjawab panggilan telefon baru-baru ini.


TIPS & ULASAN