Sony hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka akan memulakan ujian untuk kebolehan mengubah PlayStation Network Online ID melalui PlayStation 4 tidak lama lagi. Ciri ini akan diuji dalam bentuk beta melalui program PlayStation Preview tidak lama lagi – dan ditawarkan kepada semua menjelang 2019 kelak.
Sony mengatakan perubahan pertama bakal ditawarkan secara percuma – sementara perubahan selepas itu akan dikenakan caj sekitar $9.99 setiap kali. Harga untuk pertukaran berkenaan bagi pengguna di Malaysia masih tidak diumumkan buat masa ini.
Sony turut akan menawarkan kemudahan untuk anda mengekalkan nama pengguna lama dibawah PSN ID yang baru – sekaligus memudahkan rakan-rakan anda untuk kekal mengenali dan berinteraksi dengan anda.
Ciri pertukaran nama pengguna ini adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna sekian lama, dan semestinya pengumuman rasmi daripada Sony ini mengembirakan ramai pengguna PlayStation seluruh dunia.