Carian
Samsung Dilaporkan Akan Membuang Bicu Audio Bermula 2019
October 11, 2018 Effi Saharudin

Bicu audio ialah I/O yang semakin dilanda kepupusan selepas pembuangannya mula dilakukan oleh Oppo dan kemudiannya diikuti oleh pengeluar lain seperti Apple. Laporan media Korea hari ini mengatakan mungkin trend ini akan diikuti pula oleh Samsung.

ETNews menggunakan sumber pembekal yang mengatakan Samsung akan mula membuang bicu audio 3.5mm pada peranti mereka bermula musim luruh 2019. Besar kemungkinan Samsung Galaxy Note 10 akan menjadi yang pertama tidak dilengkapi bicu audio. Antara sebab yang diberikan ialah pasaran aksesori audio nirwayar yang dijangka mencecah 74 juta unit pada tahun 2019. I

Ini menguatkan lagi ura-ura Samsung akan melancarkan fon telinga nirwayar baharu selepas memfailkan tanda dagang untuk Samsung Buds sebelum ini.Sekiranya ia menjadi benar, nampaknya pengguna tiada pilihan selain mula melakukan penghijrahan ke aksesori nirwayar.

Komen