Dengan Android Pie, Google melakukan perubahan drastik pada sistem navigasi tri-butang yang digunakan sejak Ice Cream Sandwich lapan tahun yang lalu. Pasca pelancaran Pixel 3 semalam, Google mengesahkan sistem navigasi berasaskan gesture ialah masa hadapan Android selepas ini.
Hi! Pixel 3 introduces a new pattern that will represent navigation on all Android phones going forward. While change & adapting to new patterns is hard, we believe it's a better navigation pattern & makes app switching a faster experience.
— Made by Google (@madebygoogle) October 9, 2018
Ini ialah sebab mengapa Pixel 3 hanya hadir dengan sistem navigasi ini dan membuang terus pilihan untuk tiga butang navigasi back, home dan multi tugas. Seperti yang dapat dilihat pada antaramuka Samsung Experience 10 yang tertiris, pengeluar lain peranti Android juga akan memperkenalkan navigasi gesture Android Pie. Perbezaannya ialah Samsung dan OnePlus masih memberikan pilihan navigasi tri-butang kepada yang memerlukannya. Apakah pendapat anda tentang navigasi berasaskan gesture?