Carian
Samsung Galaxy A9 (2018) Tertiris – Beberapa Jam Sebelum Pelancaran Rasmi
October 11, 2018 Aman

Samsung hari ini bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka dengan sokongan empat-kamera belakang. Menariknya, selain gambar awal yang tertiris semalam, hari ini Samsung Kazakhstan dilihat telah menerbitkan terlebih dahulu halaman penyenaraian model telefon berkenaan.

Samsung Galaxy A9 (2018)

Daripada apa yang dipertontonkan, Samsung Galaxy A9 (2018) akan memfokuskan kepada sokongan empat-kamera belakangnya, dimana masing-masing menawarkan ciri-ciri khusus tersendiri.

Galaxy A9 (2018) dijangka hadir dengan skrin 6.3-inci Super AMOLED, dijana memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB yang boleh diperluaskan dengan menambah kad mikro-SD 512GB. Peranti ini turut menggunakan sokongan USB-C untuk pengecasan pantas, selain bateri berkapasiti 3800mAh.

Samsung Galaxy A9

Samsung Galaxy A9

Telefon ini juga dijangka mengekalkan ciri-ciri seperti Always on Display, sokongan nyah-kunci berasaskan wajah, dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi telefon pintar ini secara rasminya pada petang ini di Malaysia.

Komen