Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Razer Phone 2, pihak Razer turut mengumumkan beberapa aksesori baru, termasuk salah satunya adalah Razer Raiju Mobile.

Razer Raiju Mobile

Razer Raiju Mobile merupakan alat kawalan permainan yang direka khusus untuk telefon mudah-alih. Ia dilengkapi tempat pemegang telefon, selain menggunakan sambungan Bluetooth untuk berhubung dengan telefon pintar pengguna.

Razer Raiju Mobile juga menyertakan empat butang pelbagai-guna yang boleh dipetakan dengan ciri-ciri khusus dalam permainan.

Razer Raiju Mobile

Razer mengatakan Razer Raiju Mobile ini menyokong pelbagai peranti Android utama, selain telah diselarikan dengan beberapa permua popular, termasuk Vainglory, Lineage 2, Dead Trigger 2, dan juga Gear Club.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd