Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL sudah dilancarkan dua hari lepas. Sebelum pelancaran, Google mengicau sesuatu yang kononnya mungkin akan ada kejutan – tetapi semua itu satu pembohongan dan Google langsung tidak terangkan, memberi kenyataan atau lain-lain mengenai takuk Pixel 3 XL.
For people who prefer a more traditional smartphone look, we’ve added an option to hide the display cutout (the notch).
— Made by Google (@madebygoogle) October 9, 2018
Takuk Pixel 3 XL boleh dikatakan adalah antara yang paling besar, lebar dan juga hodoh dalam sejarah peranti Android yang bertakuk. Jadi, Google memberi peluang kepada pengguna untuk menyembunyikan takuk seperti LG G7 ThinQ, Huawei P20 atau OnePlus 6. Tetapi, tetapan ini pula disorokkan di dalam tetapan pilihan pembangun dan sukar untuk dicari jika pengguna bukan seorang yang serba tahu.
Menjadikan masalah lagi, apabila takuk Pixel 3 XL disorokkan – ia secara asasnya mematikan fungsi skrin di bahagian atas dan mengecilkan saiz skrin dan resolusi dengan memindahkannya ke bawah. Fungsi sorok takuk yang paling teruk kerana tiada fungsi lain dan menjadikan peranti lebih tebal dari biasa.
Pada pendapat, saya lebih baik biarkan takuk itu seperti iPhone XS dengan selambanya langsung tidak memberi pilihan kepada pengguna untuk sorokkan takuk. Apa-apa pun, Google – selamat datang ke era takuk.