Google Pixel 3 XL adalah peranti dengan rekaan takuk yang amat besar jika dibandingkan dengan peranti bertakuk lain di pasaran. Ia lebar dan besar dan tampak canggung. Sebelum pelancaran Google terdapat teori rekaan yang tertiris adalah palsu tetapi hakikatnya Pixel 3 XL kekal dengan rekaannya. Menerusi akaun @madbygoogle, mereka memberikan sebab mengapa rekaan takuk ini digunakan.
The notch enables us to provide the best cameras (two, one of which is wide angle) and audio experience. Pixel 3 also has a smaller border & front-firing speakers to provide optimum sound quality. Our notch-to-display ratio is actually less than many top competitors.
— Made by Google (@madebygoogle) October 9, 2018
Menurut Google, takuk Pixel 3 XL mengandungi kamera dwi-lensa kamera swafoto terbaik. Selain itu ia turut memuatkan pembesar suara untuk pengalaman audio yang terbaik. Google turut menyatakan Pixel 3 XL mempunyai bingkai yang kecil, serta nisbah takuk kepada skrin yang lebih kecil berbanding peranti lain. Pesaing siapakah Google? Apakah yang mereka cuba lakukan? OnePlus 6 mempunyai 83.8%, iPhone XS Max mempunyai 84.4% dan Pixel 3 XL hanya 82.8%.
Penggunaan takuk ini memang menjadi kontroversi tetapi mungkin pengguna perlu menerimanya kerana sudah menjadi trend semasa. Pasca pelancaran iPhone X tahun lalu terdapat banyak cemuhan kerana takuk yang besar tetapi lama-kelamaan tidak lagi didengari kerana ia sudah menjadi norma. Apa pula pendapat anda tentang takuk pada Pixel 3 XL? Adakah ini membuatkan anda sedikit tawar hati untuk memilikinya?