Cari @ Amanz

Hari ini ialah hari yang cukup sibuk dengan pelancaran pelbagai peranti baharu. Sebentar tadi Nokia 3.1 Plus pula diumumkan dan ia peranti dengan skrin 6″ HD+ nirtakuk, dijana pemproses MediaTek Helio P22 dan harga jualan yang mampu milik.

Spesifikasi lain peranti ini ialah memori sebesar 2/3 GB, storan sebesar 16/32 GB, kamera utama 13+5 Megapixel f/2.0+f/2.4, kamera swafoto 8-Megapixel f/2.2 dan bateri sebesar 3500 mAh. Ini menurut Nokia akan memberikan masa penggunaan sehingga dua hari dengan sekali caj tetapi masih menggunakan port mikroUSB. Bagi yang memerlukan storan tambahan, ia menyokong kad mikro SD sehingga 400GB.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam. Sebuah pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang dan bicu audio pula pada bahagian bawah. Sistem operasi Android One 8.0 digunakan bagi memberikan pengalaman Android Asli. Di India Nokia 3.1 Plus dijual pada harga INR 11,500 (RM 645) sebuah dalam pilihan warna biru, kelabu dan putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd