Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Tri-Kamera Berharga RM1299 Di Malaysia
Aman
Samsung hari ini telah melancarkan Galaxy A7 (2018) untuk pasaran tempatan secara rasminya, dimana telefon pintar pertama Samsung dengan sokongan tri-kamera ini berharga RM1299 untuk pasaran tempatan.
Samsung Galaxy A7 (2018) hadir dengan skrin 6-inci, dilengkapi cip lapan teras, memori 4GB RAM, ruangan storan 128GB, dan boleh diperluaskan dengan mikro-SD sehingga 512GB.
Melengkapkan ia adalah tri-kamera belakang gabungan 24-megapixel + 5MP dan 8MP. Melaluinya, selain menyertakan sensor untuk rakaman depth, Galaxy A7 (2018) juga turut menyertakan sensor khusus untuk rakaman sudut luas.

Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 24-megapixel dihadapan. Pengguna turut boleh menggunakan dwi-SIM pada telefon pintar ini.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Samsung hari ini, dan mendapatkan Galaxy A7 (2018) ini pada harga RM1299 daripada para pengedar rasmi seluruh negara.
