Carian
Penggunaan iOS 12 Melangkaui 50% – Sudahkah Anda Naik-Taraf iPhone Dan iPad Anda?
October 12, 2018 Aman

Apple hari ini telah mengemaskini halaman pembangun mereka, dimana ia memperlihatkan yang mana 50% daripada keseluruhan peranti iOS kini menjalankan iOS 12. Daripada data sama, sebanyak 39% peranti masih menjalankan iOS 11, selain bakinya menjalankan sistem operasi versi sebelumnya.

Mengikut data sama juga, Apple memperlihatkan yang mana 53% daripada peranti yang diperkenalkan sekitar 4 tahun lepas dikatakan telah dinaik-taraf kepada iOS 12.

Pencapaian angka 50% ini dikatakan adalah lebih pantas berbanding iOS 11 sebelum ini – sekaligus memperlihatkan lebih ramai pengguna yang kini beralih dan menaik-taraf peranti mereka dengan laju berbanding tahun-tahun lepas.

Untuk makluman, iOS 12 turut menyertakan tetapan untuk menaik-taraf peranti dengan automatik – dimana ini akan memperlihatkan naik-taraf dilakukan dengan lebih pantas oleh pengguna seluruh dunia pada tahun-tahun akan datang.

Komen