Oppo Memperkenalkan Sistem Hyper Boost Yang Mempertingkatkan Kemampuan Peranti

Oppo Memperkenalkan Sistem Hyper Boost Yang Mempertingkatkan Kemampuan Peranti

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Seperti kami laporkan beberapa hari yang lalu, Oppo akan melancarkan sistem Hyper Boost yang mempertingkat kemampuan peranti dalam melancarkan aplikasi. Ini adalah sistem yang seakan sama seperti GPU dan CPU Turbo yang ditemui pada peranti Huawei.

Perbezaannya adalah Hyper Boost bukan sahaja direka untuk mengoptimasikan permua tetapi turut melancarkan penggunaan aplikasi popular serta sistem operasi. Dengan Hyper Boost, aplikasi yang sering digunakan akan dilancarkan 31.91% lebih pantas berbanding sebelum ini.

Mod grafik pula mengoptimasikan 100 permua popular seperti Honor of Kings  dan PUBG. Kemaskini sistem Hyper Boost akan diberikan secara berperingkat dengan R17 dan R17 Pro menjadi dua peranti terawal menerimanya.


TIPS & ULASAN