Cari @ Amanz

Kerap kali ketika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, kami akan mengadakan sesi karaoke bagi menghilangkan kebosanan. Sesi akan menjadi lebih menarik jika lirik lagu yang dinyanyikan adalah betul. Ini memerlukan kami melancarkan aplikasi muzik kemudian melakukan carian Google untuk lirik. Bagi pengguna Apple Music ini tidak lagi perlu dilakukan kerana aplikasi ini mula memaparkan lirik lagu yang didengari.

Apple Music bekerjasama dengan Genius untuk membawakan fungsi yang amat diperlukan ini. Pengguna hanya perlu menatal ke bawah untuk melihat lirik lagu. Ia tidak dipaparkan secara automatik dan memerlukan pengguna membuka menu tambahan. Pada waktu yang sama pemain muzik Apple Music kini menjadi pemain rasmi di laman Genius mulai hari ini. Kerjasama ini terhad kepada paparan lirik sahaja. Fungsi Genius Trivia masih lagi hanya disokong pada Spotify.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd