Honor Magic 2 Dipertontonkan Dalam Video Acah Baru

Honor Magic 2 Dipertontonkan Dalam Video Acah Baru

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Dua bulan lepas, Honor telah mengacah secara langsung kehadiran Honor Magic 2. Menurut laporan, ia dikatakan akan dijana cip Kirin 980 dan akan diperkenalkan pada penghujung bulan ini. Menarik dengan Honor Magic 2 ini adalah ia hadir dengan rekaan skrin nirbingkai dan kamera boleh gelungsur.

Hari ini, Honor hadir dengan video acah Honor Magic 2 yang memperlihatkan rekaan yang cantik, skrin penuh dan juga kamera boleh gelungsurnya. Berbeza dengan Oppo Find X – kamera boleh gelungsur Honor Magic 2 adalah secara manual dan bukannya automatik.

Tiada maklumat lain selain daripada cip yang digunakan serta konsep kameranya. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN