Xiaomi MiMoji Kini Boleh Dicuba Pada Mana-Mana Peranti Android

Xiaomi MiMoji Kini Boleh Dicuba Pada Mana-Mana Peranti Android

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Pada pelancaran Xiaomi Mi 8 beberapa bulan lepas, Xiaomi turut memperkenalkan MiMoji sebagai pesaing kepada Apple Animoji. MiMoji pada awalnya adalah eksklusif untuk Mi 8 Explorer Edition kerana sensor pada takuknya adalah hampir dengan iPhone X.

Kini, seorang pembangun berjaya port MiMoji dari Xiaomi Mi 8 Explorer Edition ini dan ia turut boleh dipasang pada mana-mana peranti Android yang menjalankan Android 5.0+ ke atas.

Tidak banyak pilihan watak emoji, hanya terdapat 12 pilihan sahaja. MiMoji hanya memaparkan watak-watak seperti maskot arnab Xiaomi, naga, khinzir dan juga najis berwarna merah jambu. MiMoji hanya menggunakan kamera swafoto untuk telefon Android lain dan pergerakannya serta animasinya boleh dikatakan adalah baik. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi pengeluar yang boleh hasilkan alternatif Animoji sebaik yang Apple lakukan.

Jika anda ingin cuba, boleh memuat turun fail .APK yang sudah diubahsuai dan turut boleh dikongsikan ke media sosial atau terus simpan ke galeri.

Muat Turun: .APK MiMoji Di Sini


TIPS & ULASAN