Digital Wellbeing Akan Hadir Pada Google Home Hub

Digital Wellbeing Akan Hadir Pada Google Home Hub

Diterbitkan pada Okt 12, 2018 oleh .

Lebih banyak peranti pintar, semakin pintar pembantu maya, semakin malas seseorang pengguna itu. Kenapa? Ini kerana peranti pintar dan kawalan suara boleh menjadikan seseorang itu obses, serta malas. Tidak lupa juga, cahaya pada paparan skrin peranti pintar turut boleh menyebabkan mata pengguna sakit mata.

Jadi, Digital Wellbeing yang Google hasilkan pada awalnya hanya untuk Pixel – ia turut akan hadir pada Google Home Hub. Menarik sekali, Digital Wellbeing ini akan hadir melalui Google Assistant bagi pengguna memudahkan lagi kawalan.

Bagi yang tidak tahu, Digital Wellbeing adalah ‘Do not disturb’ yang lebih pintar. Untuk Android ia masih lagi beta dan pada iOS pula yang dinamakan ‘Screen Time‘ sudah pun stabil dan lancar.


TIPS & ULASAN