Cari @ Amanz

Garmin adalah satu jenama yang terkenal dengan GPS pada suatu masa dahulu. Tetapi, mereka turut mempunyai jam tangan pintar. Terbaru, mereka telah lancarkan Garmin Instinct. Ia adalah sepasang jam tangan pintar tahan lasak yang memfokuskan kegunaan untuk aktiviti lasak di luar.

Garmin Instinct hadir dengan skrin monokrom resolusi 128×128. Menariknya, ia turut jelas tidak kira keadaan cahaya baik terang atau gelap. Garmin Instinct menjanjikan ketahanan bateri selama 14 hari dalam mod pintar, 16 jam dalam mod GPS dan lebih 40 Jam untuk mod penjimatan bateri UltraTrac.

Binaan jam ini pula menggunakan bahan gred-tentera 810G untuk haba, ketahanan serta kalis air sehingga 100m. Kemudian, ia turut mempunyai bahan gentian polimer yang diperkukuhkan dengan campuran kimia yang memberi perlindungan kepada skrin daripada calar. Lain-lain spesifikasi adalah, ia mempunyai GPS, sensor Galileo, kompas 3-paksi, barometrik altimeter, pengimbas nadi, NFC dan banyak lagi.

Ia dijual pada harga $299.99 iaitu sekitar RM1246. Warna yang ditawarkan pula adalah Graphite, Flame Red, dan Tundra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd