Xiaomi Mi 8 Lite kini dilihat telah melepasi Sirim. Peranti ini adalah siri Mi 8 terbaru yang baru sahaja dilancarkan di China. Ia dijana dengan Snapdragon 660, mempunyai skrin 6.26-inci bertakuk serta bingkai yang dikatakan adalah lebih nipis dari iPhone XR.
Xiaomi Mi 8 Lite atau nama lainnya adalah Mi 8 Youth – turut menggunakan kamera utama dwi-lensa, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB dan pengecasan pantas QC3.0 untuk mengecas bateri berkapasiti 3350 mAh.
Dengan pengesahan Sirim untuk Mi 8 Lite, kita mungkin dapat melihat ia dijual di Malaysia tidak lama lagi – apatah lagi dengan peminat produk Xiaomi yang gemar akan penawaran harga menarik seperti model Xiaomi terdahulu.