iPhone XR adalah iPhone yang paling ‘murah’ Apple lancarkan untuk tahun ini. Ia menggunakan skrin LCD, rekaan seakan iPhone X serta mempunyai banyak pilihan warna menarik. Mengejutkan orang ramai ialah, ia dijana dengan cip A12 Bionic yang sama dengan iPhone XS dan XS Max.
Baru-baru ini, Min Ching Kuo – mengatakan iPhone XR dikatakan mempunyai permintaan yang lebih banyak berbanding iPhone 8. Buat masa ini, Huawei masih lagi di tangga pertama – manakala, jenama China lain seperti Oppo, Vivo, Xiaomi dilihat secara keseluruhan jatuh kepada 10%.
Jadi dengan permintaan iPhone XR yang banyak ini, mungkin Apple akan bangkit kembali untuk menjadi yang pertama.