Cari @ Amanz

Google Home adalah aplikasi mengawal semua peranti berhubung yang turut boleh diselarikan dengan Google Assistant. Pada acara pelancaran Made by Google baru-baru ini – Google telah memperlihatkan aplikasi Google Home baru untuk mengawal peranti berhubung. Kini versi yang Google persembahkan itu hadir buat semua pengguna.

Google Home kini lebih mudah untuk mengawal peranti berhubung. Terdapat ikon-ikon yang mewakili jenis peranti berhubung serta rekaannya yang selari dengan Android 9.0 Pie. Antaramuka tetapan juga turut diubah. Pada laman utama aplikasi, ia memaparkan semua peranti berhubung yang telah ditambatkan.

Selain itu, laman melaras lampu pintar kini mempunyai kawalan dengan animasi yang mimik akan kecerahan lampu. Turut terdapat akses pintas untuk menghidupkan atau mematikan kesemua lampu. Menambatkan peranti berhubung baru juga kini lebih mudah dengan tetapan dengan animasi ringkas dan mudah faham.

Jika anda ingin tahu berguna atau tidak peranti berhubung ini, boleh tonton dan dengar episod #SembangLebat kami sebelum ini yang pernah membincangkan mengenai peranti berhubung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd