Carian
Video Xiaomi Black Shark 2 Tertiris Dengan Sistem Lampu RGB Baharu
October 12, 2018 Effi Saharudin

Xiaomi mengacah pelancaran Black Shark 2 hari ini. Ia adalah peranti kesinambungan kepada Black Shark yang merupakan yang pertama keluaran mereka yang menyasarkan penggemar permua. Video peranti ini telah tertiris hari ini menunjukkan sistem lampu RGB.

Lampu RGB ini digunakan logo yang terletak pada panel belakang dan juga dua bahagian sisi. Sebelum ini penggunaan lampu RGB hanya digunakan pada bahagian logo. Dengan tertirisnya video ini, pelancaran Black Shark 2 mungkin akan berlaku dalam jangka waktu terdekat. Selain lampu RGB yang dikemaskini, peranti ini juga akan menggunakan pemproses Snapdragon 845 dan memori sebesar 8GB RAM.

Komen