Cari @ Amanz

Google Duplex adalah salah satu fungsi menarik yang diintegrasi dalam Google Assistant. Ia boleh dikatakan salah satu langkah ke awal dalam arena ‘Skynet‘ seperti dalam filem ‘Terminator‘. Kerana dengan Google Duplex, Google Assistant boleh menggantikan pengguna untuk membuat panggilan dengan mimik manusia untuk membuat tempahan restoran atau tempahan salun.

Kini, semasa acara Made by Google – Google memperkenalkan ‘Call Screen‘ untuk menghalang scammer (penipu) mengganggu pengguna. Dengan ‘Call Screen’ ini, Google menggunakan Google Duplex untuk membantu. Laporan terbaru daripada Apple Insider – merekan menemui fail paten Apple yang mempatenkan fungsi yang lebih kurang sama. Fail itu menjelaskan mengenai fungsi pengesanan maklumat panggilan palsu.

Konsep yang Apple patenkan ini dilihat seolah mempunyai lapisan sekuriti yang lebih hebat. Sebelum panggilan dilakukan antara dua telefon, panggilan ini akan melalui satu terminal khas. Turut terlihat adalah rancangan Apple yang akan membangunkan satu perisian baru di dalam peranti dan juga pangkalan data baru khusus untuk fungsi ini.

Jika Apple berjaya melakukan ini, iPhone kini semakin maju dan selamat serta mempunyai sekuriti yang hebat. Adakah ini langkah Apple untuk menyaingi Google Duplex?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd