Maybank hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan melayari laman web Maybank2U menggunakan pelayar web Internet Explorer 8, 9, dan 10 pada Windows 8, Windows 7, Vista dan juga XP.
Langkah ini adalah selari dengan kadar sekuriti pada Maybank2U yang dipertingkatkan lagi – selain pelbagai pelayar web versi lama yang mempunyai kerentanan dari segi sekuriti, dan tidak menyertakan sokongan untuk beberapa ciri-ciri baru.
Maybank meminta pengguna perkhidmatan Maybank2U mereka menaik-taraf kepada pelayar web terkini, sama ada menggunakan Chrome, Firefox, Internet Explorer atau Safari.
Terima kasih Pang untuk tips.