OnePlus menggunakan sistem operasi mereka tersendiri dinamakan Oxygen OS, dimana ia dibangunkan berasaskan sistem operasi Android. Melaluinya, mereka membuat beberapa penambahan dari segi fungsi, selain sedikit perbezaan antaramuka.
Melalui OnePlus 6T kelak, OxygenOS dijangka akan terus berevolusi. Pihak OnePlus hari ini berkongsi mengatakan OxygenOS pada OnePlus 6T kelak akan menyertakan antaramuka serba baru. Tiada banyak info dikongsikan berkenaan dengannya, tetapi mereka sekadar mengatakan ia akan selari dengan elemen rekaan OnePlus yang lain.
Ia juga dijangka akan lebih menekankan kepada ciri gesture untuk navigasi – selain turut memfokuskan penawaran pengalaman penggunaan yang pantas dan lancar.
OnePlus 6T bakal dilancarkan secara rasminya pada penghujung bulan ini, dimana kita akan dapat melihat antaramuka sistem operasi OxygenOS ini ketika pelancaran berkenaan.